Header Ads Widget

Tentera Thai kecam cara tangani pejuang Patani

BANGKOK: Panglima pasukan tentera darat Penjajah Thailand yang berpengaruh, Jeneral Sondhi Boonyaratkalin mengecam cara kerajaan Siam menangani krisis di 4 wilayah selatan dan menegaskan sudah tiba masanya bagi Bangkok mengubah pendirian yang enggan berunding langsung dengan pemimpin perjuangan Patani di kawasan yang bergolak berkenaan.

Kenyataannya itu dibuat sehari selepas letupan bom di 22 bank di wilayah Jala yang menyebabkan sekurang-kurangnya orang terbunuh dan 29 lain cedera.

“Sudah tiba masanya bagi kerajaan Thailand mengubah pendirian yang enggan berunding langsung dengan pemimpin perjuangan Patani terbabit,” katanya yang merujuk pemimpin perjuangan Patani itu sebagai ular.

“Sekadar berusaha mendapatkan simpati masih belum cukup. Buat masa ini kita sekadar memukul ular pada ekornya yang tidak langsung dikepalanya. Tetapi strategi paling berkesan adalah kita perlu berunding dengan ular ini. Rundingan itu penting demi menghasilkan keamanan yang berkekalan,” tegasnya.

Kerajaan Thaksin Shinawatra sudah berulang kali menegaskan enggan berunding dengan mana-mana pemimpin Pertubuhan Pembebasan Patani atas alasan ia tidak akan berunding dengan pengganas.

Ulasan Sondhi dibuat selepas Thaksin menyalahkan pihak tentera kerana gagal mengjegah letupan itu.

Malah, kemarin ketika diminta mengulas letupan terbaru di bank berkenaan, Thaksin berkata: “Pergilah soal sendiri panglima tentera bagaimana ini boleh berlaku sedangkan kita sudah pun mempunyai maklumat awal mengenainya.”

Sementara itu, pihak berkuasa Thailand menahan empat orang Melayu yang disyakki terlibat dan memburu beberapa lain berhubung letupan di bank kemarin.

Pihak tentera berkata, mereka masih belum dapat memastikan identiti penyerang mahu pun dalangnya. Ia turut mendakwa ada menerima maklumat perisikan tetapi tidak menyangka ia berlaku dalam bank manakala rakaman kamera litar menunjukkan ada bom terbabit diletakkan wanita dan pemuda.

Semua bank yang menjadi sasaran dalam serangan di wilayah Jala ditutup, kata gabenor wilayah Soonyasith Suwanarat. Bagaimanapun mesin pengeluaran wang atau ATM masih berfungsi manakala lapan bank lain yang tidak menjadi sasaran tutup hari jumaat.

Pihak berkuasa berkata, mereka percaya letupan hampir serentak kemarin sememangnya bertujuan serentak dengan sambutan hari penubuhan sebuah kumpulan gerakan yang menentang Thailand.

Thaksin pula menyuarakan keyakinan penyerang terbabit dapat diberkas tidak lama lagi.

“Saya tidak fikir ia begitu sukar untuk menahan suspek kejadian itu kerana setiap bank ada kamera tersembunyi yang dapat menunjukkan siapakah dalangnya,” kata Thaksin kepada media.

Bom buatan sendiri yang diletupkan telefon tangan diletakkan dalam tong sampah, rak akhbar dan berhampiran kerusi tempat duduk pelanggan bank di Jala itu, kata Mej-Jen Paithoon Choochaiya yang mengetuai pasukan keselamatan di wilayah itu.- AFP/PIONA

Post a Comment

0 Comments